Teh Tarik 1!!! kembali untuk minggu ke-2. Kali ini lokasinya tidak jauh dari Angkasapuri iaitu Restoran Ali Cafe Tomyam Seafood, bersebelahan Balai Bomba Jalan Pantai Baru. Restoran ini memang tidak asing lagi bagi wargakerja RTM. Kami gelarnya Island, kerana letaknya di tengah dan di bawah pokok. Yang menariknya, restoran milik Encik Syed Ali ini tetap kukuh malah semakin berkembang walaupun pada asalnya hanya berniaga burger secara kecil-kecilan di lokasi yang sama lebih 20 tahun lalu.
Program terbitan Julia, Sonic dan Aen ini seperti biasa akan turun padang bersama rakan-rakan penyampai KLfm lain seperti Yatt, Mimie, MK, Kzie, Azlan serta Nash sebagai artis jemputan bersama-sama Skuad Promo Sinar Harian - Skuad Akhbar no1 negara. Memang meriah bila ramai2 berkumpul apatah lagi dapat bertemu pengunjung-pengunjung restoran. Teh Tarik 1 bersiaran secara langsung bersama Hezry Hashim di konti selama sejam bermula 9.30 malam.

Tamat siaran, kami dihidangkan dengan menu terbaik Restoran Ali Cafe antaranya ikan siakap 3 rasa, masam manis, pedas, tomyam, sotong paprik, udang petai, telur dadar, rojak buah dan pastinya ada teh tarik!!! Memang sedap sampai ada yang sanggup 'langgar pantang' makan malam kerana menu2 hebat yang dihidangkan. Paling penting, KLfm dipasang dengan kuat di sana!! Terima kasih En. Syed, rakan2 unit berita tv, unit still photo rtm, nash, meen Editor MH, Skuad Promo Sinar Harian dan semua pengunjung / pendengar setia KLfm!!! Berkongsi Citarasa 1 Malaysia.









Foto oleh: Badang Perkasa
0 comments:
Post a Comment